Tuesday, June 2, 2015

Aktiviti Awal Matematik dan Pemikiran Logik Untuk Kanak-Kanak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum Dunia


Bayi dan kanak-kanak mempelajari matematik melalui aktiviti harian. Mereka menemukan perkaitan matematik dalam kehidupan harian mereka semasa mereka meneroka ruang, membandingkan jumlah dan mengasingkan alatan dan objek. Tahukah anda bahawa permainan yang kita main bersama bayi dan kanak-kanak boleh mengalakkan pembelajaran awal matematik?

Kanak-kanak belajar melalui bermain dengan pelbagai objek. Mereka mempelajari konsep-konsep awal matematik seperti saiz, besar-kecil, tinggi-rendah, laju-perlahan, berat-ringan, dan sebagainya. Dengan membantu mereka mempelajari konsep tersebut, kita telah membantu mereka mempelajari kemahiran awal matematik.

Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan (reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara.

Ibu bapa sering menginginkan anak-anak mereka cepat belajar tetapi tidak tahu tentang perkembangan kanak-kanak. Sebenarnya terdapat banyak aktiviti mudah yang dapat dilakukan bersama anak-anak seawal bayi lagi. Kanak-kanak belajar daripada konkrit kepada abstrak, iaitu konkrit yang boleh dilihat dengan mata kasar dan boleh disentuh seperti kucing, manakala abstrak sesuatu yang tidak bersifat fizikal seperti bau wangi.

Kat sini Nisa nak share beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan berunsur pembelajaran untuk dilakukan oleh kanak-kanak iaitu :

  • memadan apabila mencari pasangan kasut yang hendak dipakai.
  • membuat pengasingan (sorting) apabila mereka menyimpan semula mainan mengikut jenis atau meletakkan peralatan makan seperti cawan, pinggan, sudu dan garfu kedalam bekasnya selepas makan.
  • menganggar kuantiti contohnya lebih banyak, kurang daripada, lebih besar daripada, lebih berat daripada dan sebagainya.
  • main air boleh menjadi aktiviti untuk pemikiran logik. yang ringan terapung, yang berat tenggelam.
  • bayi melihat pantulan wajah dari cermin. pemikiran logik, bayi boleh mengenal rupa sendiri dan tahu cermin memantul.
  • bagi anak-anak, belajar dengan lagu dan pergerakan memang amat menyeronokkan.
contoh

Haaaa....senang je kan aktivitinya. Aktiviti yang mudah mampu menjana perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak ini sebenarnya sangat bijak walaupun mereka masih belum boleh respon tetapi mereka boleh menyerap (absorb) segala yang dilihat, dengar dan sentuh.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak

Supplement untuk kanak-kanak
1) Meal Shake
2) Vita-Lea for Children
Shaklee Distributor Nisa Ahmad
Sms/Wassap : 012-3139439


0 comments:

Post a Comment